Assalamualaikum w. b. t. dan Selamat Sejahtera Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia serta izinNya maka dapatlah sekolah kami membina blog julung-julung kali dibina. Dengan adanya blog ini, diharap pengunjung-pengunjung dapat mengenali lebih dekat lagi sekolah kami. Di era pembangunan teknologi ini, sekolah kami akan berusaha untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah khususnya dalam kemahiran teknologi maklumat. Sehubungan dengan itu, kemahiran-kemahiran dan metodologi teknologi maklumat akan dapat dikuasai oleh para pelajar dan guru-guru bagi menjamin keberkesanan pendidikan di masa akan datang. Kami amat berharap blog ini dapat memberi manfaat kepada para pengunjung untuk bertukar-tukar pandangan melalui e-mail yang kami sediakan. Semoga dengan berkembangnya dunia IT dan ICT, semua para pendidik akan menggunakan peluang ini untuk menambahkan lagi ilmu. Insya Allah.
Sejarah Sekolah
Mengikut rekod JKR 32, Sek. Keb. Sungai Korok mula didirikan pada 1885. Guru Besar yang pertama bernama Tn Hj. Mohd Zain b. Md Ujer. Hanya murid-murid lelaki sahaja yang belajar di sini. Pada 1884 terdapat 48 orang murid. Mengikut pendapat seorang penduduk (Md. Desa b. Omar) yang bersekolah pada 1.12.1896, tapak bangunan sekolah ini adalah tapak asal. Bangunan ini berbumbungkan atap nipah dan berdindingkan pelupuh. Pada 1906, mengikut rekod (JKR 1625) , murid-murid perempuan mula bersekolah di sini. Mereka belajar di rumah Guru Besar ketika itu yang bernama Pn Misah bt. Said. Rumah tersebut telah disewakan oleh kerajaan kira-kira setengah batu dari sekolah yang ada sekarang. Menurut cerita anak Guru Besar tersebut, En Ahmad b. Said guru penolongnya bernama Pn Hjh Rafeah bt. Ishak. Pada 1924, pihak kerajaan telah mengeluarkan arahan supaya memanggil guru-guru berkhdimat di sini. Pada 1926, Bangunan tersebut telah dipindahkan ke tempat sekarang ini. Pada 1934, murid lelaki dan perempuan belajar bersama. Mereka belajar dalam bahasa rumi. Pada 4 Mei 1959, sekolah beratap nipah dirobohkan dan digantikan dengan bangunan baru. Pada 7 Oktober 1959, Projek pembinaan sekolah baru dimulakan. Pada 23 Jun 1960, sekolah baru siap didirikan dan dirasmikan pada 26 Jun 1960 oleh Pengelola Sekolah-sekolah Kebangsaan iaitu En Izhab b. Alang Ismail. Pada 19 Jun 1968, sebuah kantin sekolah siap didirikan bersebelahan dengan bangunan yang ada sekarang. Pada Oktober 1973, sebuah bangunan tambahan didirikan dan beroperasi pada Januari 1975 dan sebuah lagi bangunan baru 3 tingkat didirikan dan siap pada Disember 1994. Kini 2003, jumlah murid-murid menjangkau 400 orang dan guru serta kakitangan berjumlah 26 orang. Keluasan Sek. Keb. Sungai Korok. Mukim D Daerah Barat daya. Lot 129 (i)Lot Baru 332Keluasan : 0.482 ekar Lot 129 (ii) Lot Baru 333Keluasan : 0.678 ekar No. Bangunan : JKR 1625
Asal usul perkataan KOROK. Sungai Korok berasal daripada sebatang sungai yang telah dikorek pasirnya dan dibina semula oleh seorang taukeh kilang padi yang bernama Loh Ah Lian. Lesung menumbuk padi kilang tersebut menggunakan kuasa air untuk menjalankannya dan air sungai tersebut mengairkan kawasan sawah padi yang beratus ekar luasnya. Menurut seorang guru bersara iaitu Tn Hj. Md Ghazali b. Hj.Hamzah (65 tahun), "Perkataan Korok sebenarnya berasal daripada perkataan korek dan disebabkan lidah orang-orang Jawa (yang telah melarikan diri dari penindasan bekerja di ladang kelapa sawit), Sungai Korek bertukar menjadi KOROK dan sebab itulah disebut Sungai Korok." "Wallahuallam".....
Visi dan Misi
Visi Adalah diharapkan di antara sekolah yang mencapai tahap kecemerlangan tinggi di Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang menjelang 2009
Misi * Melaksanakan Pembestarian Sekolah * Memastikan pencapaian penguasaan 3M setiap aliran adalah 90%* 70% pelajar lulus UPSR / 10 orang - 5A * Memastikan guru-guru dan staf sokongan mengamalkan budaya kerja cemerlang * Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan koakademik dan layak ke sekolah berasrama * Pengurusan pentadbiran yang berkesan berbantukan ICT * PIBG cemerlang dalam membantu pengurusan sekolah *Sekolah sihat dan Selamat
Senarai Guru Besar
1885 - 1892 SHAIKH IMAM V.T 1992 - 1903 MD. SALLEH V.T 1904 - 1914 HJ. MD. ZAIN B. L. UZIR 1914 - 1919 PUTEH B. MD. AMIN 1919 - 1934 MD. HASSAN B. HJ. KASIM 1934 - 1936 YAAKUB B. MD. NOR 1936 - 1941 HJ. HASAN B. HJ.KASIM 1941 - 1945 PEMERINTAHAN JEPUN 1945 - 1946 HJ. HASAN B. HJ. KASIM 1947 - 1948 HASHIM B. YASIN 1948 - 1954 ISMAIL B. HASAN 1954 - 1960 MD. REJAB B. SHARIFF 1960 - 1961 HJ. SULAIMAN B. HJ. ISMAIL 1961 HJ. MUHAMMAD B. AWANG 1962 - 1968 ABDULLAH B. HASHIM 1968 - 1977 A.RAHMAN B. HJ.TAHIR 1978 - 1981 HASAN B. CHIN 1981 - 1985 IBRAHIM B. KHALIDI 1985 - 1989 ABDULLAH B. DARUS 1989 - 1994 ISMAIL B. MOHAMAD SAAD 1994 - 1999 ABU BAKAR B. AWANG 1999 - 2002 HJH SITI HAJAR BT. ISMAIL 2002 - 2006 TN HJ MOHD AZMAN B. HJ. ABDUL AZIZ 2006 - PN NARIMAH BT. ABD. GHANI